Maklumat Kotak

Kotak baru atau terpakai?

Kami hanya menjual kotak baru sahaja.

Apakah saiz kotak yang dijual?

Kini kami mempunyai lebih 20 saiz kotak antaranya Kotak Pos, A4, Buku, Abba, Storage, Medium, Large dan Extra Large. Hampir kesemua kotak adalah dari jenis RSC (Regular Slotted Carton).

Harga sekotak?

Harga bermula RM1.50 untuk kotak Mini sehingga RM11.00 untuk kotak Extra Large. Dijamin paling murah dipasaran.

Kotak tahan lama?

Jangka hayat kotak yang kami bekalkan mampu bertahan sehingga 1 – 3 tahun sesuai untuk penyimpanan dokumen dan fail.

Had muatan kotak?

Kotak medium boleh menampung berat 25kg sehingga 30kg.

Kotak mempunyai cop atau label?

Kotak kami mempunyai standard cop shipping.

Boleh saya tempah saiz yang lain?

Buat masa ini kami tidak mengambil sebarang tempahan

Kotak dalam bentuk apa ye?

Kotak baru masih dalam bentuk lipatan.

Maklumat Pembelian

Bagaimana nak beli?

Anda boleh datang terus ke kedai kami di Taman Bayu Puteri, Johor Bahru. Disarankan hubungi kami terlebih dahulu melalui WhatsApp untuk sebarang update.

Bolehkan saya ingin membeli hanya 1 kotak sahaja?

Ya boleh. Kami tidak menetapkan belian minimum seperti lain-lain pengusaha. Kami tidak ingin membebankan anda.

Boleh saya dapatkan sebut harga?

Kami perlukan maklumat seperti nama syarikat, alamat, email, saiz kotak dan kuantiti yang diperlukan.

Boleh saya buat bayaran atas talian?

Ya boleh. Bayaran boleh dibuat melalui pindahan atas talian.

Bolehkan bayaran menggunakan cek?

Ya boleh. Kami akan menghantar kotak setelah cek “clear”.

Ada diskaun untuk belian yang banyak?

Harga yang kami berikan paling rendah dipasaran jadi tiada diskaun diberikan 🙂

Resit @ Invoice disediakan?

Yup resit @ Invoice akan diberi setelah kami terima bayaran. Anda boleh mendapatkannya juga melalui email.

Belian secara LO diterima?

Kami terima belian secara LO tapi harga sedikit mahal kerana ambil masa untuk kami menerima bayaran penuh.

Ada beberapa kotak tidak digunakan, bolehkah saya jual semula?

Maaf kami tidak menerima pemulangan semula setelah kotak dibeli.

Maklumat Penghantaran

Kaedah Penghantaran

Buat masa ini kami menggunakan dua (2) kaedah penghantaran.
Runner : Melalui Grab Express / Lalamove / BungkusIT / Private Runner sekitar Johor Bahru pada waktu pejabat.
COD : sekitar Johor Bahru selepas waktu pejabat.

Penghantaran Selain Malaysia?

Malangnya kami hanya membuat penghantaran di dalam Malaysia sahaja (semenanjung) kerana kos yang amat tinggi kepada pihak pembeli

Boleh terangkan penghantaran menggunakan Runner?

Kami menggalakkan pelanggan walkin ke kedai kami untuk mengelakkan pelanggan berbelanja lebih. Sekiranya memerlukan penghantaran di sekitar Johor Bahru, caj diantara RM20 hingga RM60 dikenakan bagi kuantiti 60pcs kebawah. Jika penghantaran luar kawasan seperti Gelang Patah /  Nusajaya, caj bermula RM60 bergantung kepada jarak daripada kedai. Penghantaran dibuat pada waktu pejabat. Bayaran hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Berapa lama penghantaran dibuat?

Jika tempahan dan bayaran diterima sebelum jam12 tengah hari, tempahan anda akan diproses pada hari yang sama. Pihak runner akan mengambil dan membuat penghantaran pada hari yang sama. Biasanya dalam 2-3 jam anda akan menerima kotak anda.

Saya menggunakan Myvi, berapa boleh muat?

Kebiasaanya 40pcs Kotak Large. Tapi perlu diingat bahawa seat belakang perlu diturunkan sepenuhnya.